Assalamualaikum,Mr Karipap Purple mengucapkan selamat datang kepada korunk..da bace jgn lpe folow eh=D
nak close da ke..alo!!xpe janji da follow..keluar dekat------> sini

Resepi saye

Assalamualaikum..Mr purple akan berkongsi resepi resepi yg dtg dr mak Mr purple,dr Internet dan ade yg Mr purple reka sendiri..Mr purple harap korang wat yg paling best skali..=D..


Nasi Special


Bahan2:


275g beras basmati
570ml air
50g mentega tanpa garam
1 labu bawang besar-dimanyang
4 ulas bawang putih-dicincang halus
8 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
6sm kulit kayu manis
8 biji lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar minyak sapi
25g kismis
25g kepingan badam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara2:

1.Bersihkan beras dan rendam selama 1/2 jam.toskan
2.Dengan api yg sederhana,cairkan minyak sapi di dlm periuk dan masukkan bawang besar.
3.kacau sehingga layu
4.kemudian masukkan bawang putih,bunga cengkih,buah pelaga,kulit kayu manis dan lada hitam.
5.kacau sehingga berbau harum
6.masukkan beras dan serbuk kunyit.kacau selama 2minit
7.kecilkan api dan goreng beras selama 3minit lg
8.besarkan semula api dan masukkan air,garam serta gula
9.kacau dan biarkan sehingga mendidih
10.apabila air kering,tutup periuk dan kecilkan api.
11.biarkan sehingga nasi masak
12.dgn api yg kecil,cairkan mentega di dlm kuali dan goreng kismis selama 1minit
13.angkat dan ketepikan
14.goreng pula kepingan badam seehingga kekuningan.
15.angkat dan ketepikan
16.taburkan kismis dan badam ke atas nasi
17.bolehla dihidang panas2..

-okie siap suda resepi nasi special Mr purple..Mr purple harap korang wat sedap gle..bley Mr purple tumpang sekaki...hihi

-okie..untuk resepi ke2 ni..Mr purple da try da..mmg sedap..#cehhangkatbakulsendiri..tp kali ni..Mr purple nak korang plak buat ye..

Puding kismis & Sos kastard


Bahan2:


60g mentega
45g gula perang
60g tepung gandum
60g kismis hitam
3sb treacle(sirap hitam)
1sb halwa pala bergula-dicincang
1sk parutan kulit oren
2sb perahan jus oren
1sk serbuk penaik
4biji telur
1/8sk serbuk biji pala

Cara2


1.sediakan acuan,alas dasar dan kelilingnya dgn kertas minyak
2.pukul gula dgn mentega hingga kembang
3.masukkan telur sebiji demi sebiji
4.masukkan tepung yg sudah dicampur dgn serbuk penaik serta jus oren,kulit oren,pala dicincang dan serbuk pala.gaul lagi(tepung dianyak dahulu)
5.campurkan sedikit tepung kedalam kismis
6.masukkan ke dlm adunan dan kacau sehingga sebati
7.tuangkan adunan ke dlm acuan
8.tutup dgn kertas timah dan kukus dlm pengukus yg telah dipanaskan terlebih dahulu
9.kukus selama dua jam setengah atau sehigga tepi puding kelihatan renggang
10.cucuk tgh puding dgn lidi.jika tidak melekat,maka puding tlh masak
11.hidangkan bersama sosnya.

Bahan2 sos:


1/2 cawan susu sejat
1 cwn air
1sb tepung kastard
gula secukupnya
sedikit esen vanila
sedikit jus oren
sedikit garam

Cara2


1.satukan kesemua bahan dlm periuk
2.kacau sehingga rata dan kastard tidak bergentel
3.kacau di atas api kecil shingga pekat(tetapi masih boleh dituang)

-okie tuan/puan sekalian..siap sudah Puding kismis dgn sos kastard..ingat Rasa dahulu sblum dihidangkan..=D

-oke masakan ini adalah masakan pertama yg Mr purple masak..sgt ringkas dan Sedapp...Spaghetti Bolognise:

Spaghetti Bolognise Mr purple


Bahan2


250g spaghetti
1kg daging kisar
100g bawang besar-dipotong dadu
40g bawang putih-dicincang
100g celery-dihiris nipis
100g lobak merah-dipotong dadu
50g tomato puri
300ml tomato jus/sup
5g oregano
5g daun thyme
2 helai daun bay
500ml sos perang
Garam secukupnya
Daun basil/italian spice untuk mewangikan lg hidangan

Cara2


1.Masak daging kisar sehingga kering
2.tuskan airnya
3.rebus spaghetti sehingga masak/tapis
4.gaulkan dengan sedikit minyak zaitun agar warnanya naik dan spaghetti tidak melekat
5.tumis bawang besar,bawang putih,oregano,thyme dan daun bay sehingga  naik bau
6.masukkan seleri,lobak merah dan tomato puri.gaul rata
7.masukkan daging kisar yg sudah dimasakkan td
8.campurkan pula jus/sup tomato
9.renehkan dan masukkan sos perang
10.masak sehingga daging empuk
11.akhir sekali,masukkan garam dan serbuk perasa
12.hidangkan spaghetti dgn sos td.kalau hendak lagi sedap letak daun basil,sedikit italian spice dan keju mozarella..

-done..kan da siap sng je kan buat spaghetti ni xde la susah mane,,Mr purple agak mesti ramai diantare korang yg berjaye kan...hihi